top of page

Bantuan Pengurusan Jenazah Berpusat

bantuan 

pengurusan

jenazah

berpusat

Pada peringkat awal penubuhan masjid ini, sebuah bilik khas telah diwujudkan atas maskud pengurusan jenazah islam.

 

Kelengkapan berkaitan pengurusan jenazah juga turut tersedia seperti tab mandi jenazah, meja pengkafanan, sistem perpaipan, dan lain-lain.

 

Memandangkan di kariah Bandar Satelit ini masih belum wujud suatu kumpulan khas yang bertanggungjawab untuk pengurusannya, maka telah dibuat keputusan untuk ditutup bilik ini dan ditukarkan kepada Serambi Tamu MTAA.

 

Penutupan ini juga dibuat atas arahan Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Muadzam Shah Ustaz Hamdan Yusi Yusof.

 

Maka pengurusan jenazah di peringkat MTAABS akan berhubung dengan Pengurusan Jenazah Berpusat iaitu di Masjid Daerah Muadzam Shah.

 

Hal ini termasuklah daripada peringkat mandi jenazah hingga pengebumian jenazah.

 

Dalam sesetengah keadaan, jenazah telah siap dikafankan di luar daerah, cuma ahli waris bagi si mati ingin solat jenazah dilaksanakan di MTAA, maka tiada halangan untuk hal itu.


Setakat ini, pihak MTAA akan berhubung dengan kumpulan tersebut melalui:


1. En. Rameli (Mandi Jenazah): 011-2930 0258
2. En. Saari (Mandi Jenazah): 010-922 2410
3. En. Faizal (Van Jenazah): 014-827 2312
4. En. Amri (Penggali Kubur): 019-924 7196

LEARN MORE
bottom of page