top of page

Sejarah

Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Satelit Muadzam Shah merupakan sebuah Masjid Kariah. Telah mula di bina pada Januari 2016 dan siap sepenuhnya pada Jun 2016. Masjid ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada 2 Julai 2016 Masihi bersamaan dengan 27 Ramadhan 1437 Hijrah. Pada peringkat awal pembangunan (2016) pemaju mensasarkan manfaatnya adalah untuk kegunaan penduduk Bandar Satelit. Walaubagaimanapun perumahan Bandar Satelit masih belum diduduki sepenuhnya. Maka pemaju berpandangan harus pembangunannya juga disasarkan sebagai kawasan Rehat & Rawat memandangkan lokasinya yang berada di tepi lebuhraya Kuantan-Segamat bagi kemudahan para musafir. Maka bermula tahun 2017 sehingga kini Masjid Tengku Ampuan Afzan Satelit telah memainkan dwi fungsi utama iaitu bagi manfaat ahli kariah Bandar Satelit dan kemudahan para musafir.
bottom of page