top of page

Sewaan Bilik Mesyuarat

sewaan 

bilik mesyuarat

Di MTAABS, terdapat sebuah Bilik Mesyuarat yang dijadikan sebagai tempat mesyuarat atau pertemuan khas antara Ahli Jawatankuasa dan juga pegawai masjid.

 

Bilik ini juga mempunyai multifungsi yang tidak terhad kepada mesyuarat sahaja, malah turut dijadikan sebagai Bilik Sewaan untuk seminar atau bengkel dan juga sebagai tempat makan bagi tetamu yang tertentu.

 

Bilik ini mampu menampung seramai 20 orang pada satu masa.

 

Setakat Disember 2018, bilik ini telah digunakan untuk Kelas Iqra' @MTAABS, Kelas Hafazan @MTAABS, Kuliah Muslimat @MTAABS, dan juga anjuran seminar dari pihak organisasi luar.

 

Kedudukan masjid yang terletak berhampiran premis perniagaan memudahkan pengguna mencari elemen yang berkaitan dan diminati tanpa berjalan jauh.

 

Kemudahan yang tersedia di bilik ini antaranya termasuklah kerusi, meja, pendingin hawa, dan papan putih.

bottom of page