top of page

Kempen : Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Anjuran MTAABS

MTAABS melancarkan kempen solat subuh berjemaah di masjid - masjid. Pelancaran ini diumumkan sebelum menunaikan ibadah khutbah dan solat jumaat. Kain rentang kempen solat subuh berjemaah ini turut dipasang di beberapa kawasan tumpuan masyarakat di Bandar Muadzam Shah, perumahan Bandar Satelit dan di dalam serta di luar kawasan sekitar MTAABS.

Pihak MTAABS turut mencetak ratusan risalah kempen solat subuh berjemaah.

Marilah kita bersama menjayakan kempen yang disyorkan syarak ini.

Kempen menerusi aplikasi whatapp :

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Tuan/Puan yang dihormati

Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Satelit (MTAABS) sedang menjalankan "Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid".

Oleh itu marilah bersama-sama menjayakan kempen ini dengan mengajak ahli keluarga, jiran tetangga dan seluruh warga Muadzam Shah untuk solat subuh berjemaah di masjid dan surau berhampiran.

✅"...barang siapa solat subuh berjemaah, seolah-olah dia telah melaksanakan solat sepanjang malam"(HR Muslim)

✅"Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat"(HR Tirmizi & Ibn Majah)

************* #Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid oleh MTAABS

*************

📌🌟🕌🌟🕌🌟🕌🌟🕌🌟📌

kempen solat subuh berjemaah

Posts Categories
Search By Tags
bottom of page